Friday, 11 January 2013

Masker Vitamin C

Pstt...salam hormat dan salam sayang...



Hari ini nak kongsi satu perkara simple jer. Tahukah anda bahawa vitamin C yang anda ambil itu boleh di jadikan sebagai masker jugak...! Jimat kos masker kan...


Jom tengok caranya


  1. Patahkan vitamin C anda kepada 3 bahagian
  2. Ambil 1 bahagian, hancurkan dan tambahkan sesudu air. Biarkan kembang.
  3. Sapukan pada wajah yang telah dicuci bersih dan kering.
  4. Biarkan wajah anda kering lebih kurang 20-30 minit.
  5. Bilas dengan air bersih.
  6. Tadaaa....

Kelebihan masker vitamin c

  • meransang penghasilan kolagen dari dalam kulit
  • menegangkan kulit
  • mengecutkan jerawat
  • mencerahkan muka
  • menyegarkan wajah..

Wednesday, 9 January 2013

7 kepentingan air bagi kita.


Salam hormat...
Pembaca yang dihormati, kita sedia maklum air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita.  Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Tuesday, 8 January 2013

Anak anda terlalu cerewet???

Salam buat semua...


Hari ini terpanggil untuk post tentang Meal Shake. Maklumlah terjaga subuh pagi tadi tengok HP ada message dari sahabat yang tanya "kak, suggest me anything for my daughter who doesnt eat healthily...". Hmm pastinya MILKSHAKElah jawapan terbaik. Jom kita kongsi apa yang milkshake boleh beri pada anda dan si comel anda.



Sunday, 6 January 2013

Tips Pengambilan Vitamin Berkesan.


Tentu anda pernah mengambil pemakanan tambahan atau vitamin bukan? Kekadang kita beli di farmasi atas dasar keperluan kita. Anda bawa balik pelbagai vitamin untuk memenuhi keperluan anda dan mula mengambilnya seara konsisten. Namun pernahkah anda merasakan bahawa pengambilan vitamin anda itu seolah-olah tidak membawa kesan seperti yang anda jangkakan? Jom kita kongsi beberapa perkara yang sebenarnya mempengaruhi keberkesanan vitamin yang anda ambil. 

1. Kurang minum air kosong/air masak/air mineral/air RO.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Tahukah anda nisbah pengambilan air dengan berat tubuh badan anda ialah 25kg:1liter. Jadi cuba semak pengambilan air anda...cukupkah???


2. Mengambil vitamin secara serentak pada satu-satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.