Hari ini saya nak berkongsi tentang kisah ALFALFA...yang digelar BAPA SEGALA MAKANAN atau RAJA SEGALA TUMBUHAN . Mengapa ia digelar sebagai BAPA atau RAJA??? ini adalah kerana tumbuhan hebat mempunyai terlalu banyak khasiat untuk semua golongan daripada yang berusia emas sehinggalah kepada baby...
Jom kita berkenalan dengan Alfalfa...
- Ia merupakan tumbuhan herba yang TIDAK terdapat di negara kita...(so xperlulah cari alfalfa fresh di malaysia yea).
- Merupakan keluarga 'kekacang'...fabaceae
- Panggilan Alfalfa ini berasal dari perkataan arab al-fac-facah yang boleh diertikan sebagai 'Bapa segala makanan'.
- Merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan vitamin dan mineral iaitu A,D,E,K malahan semua keluarga vitamin B ditambah lagi dengan biotin, kalsium,asid folic, zat besi,magnesium, potassium dan lain-lain.
- Merupakan sumber protein yang hebat: 18.9% daripada daging lembu,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur.
- Merupakan sejenis tumbuhan yang akarnya boleh menembusi sehingga 60 kaki di dalam tanah. Menjadi penyebab kenapa tumbuhan ini mempunyai pelbagai jenis vitamin dan mineral.
