Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, 6 January 2013

Tips Pengambilan Vitamin Berkesan.


Tentu anda pernah mengambil pemakanan tambahan atau vitamin bukan? Kekadang kita beli di farmasi atas dasar keperluan kita. Anda bawa balik pelbagai vitamin untuk memenuhi keperluan anda dan mula mengambilnya seara konsisten. Namun pernahkah anda merasakan bahawa pengambilan vitamin anda itu seolah-olah tidak membawa kesan seperti yang anda jangkakan? Jom kita kongsi beberapa perkara yang sebenarnya mempengaruhi keberkesanan vitamin yang anda ambil. 

1. Kurang minum air kosong/air masak/air mineral/air RO.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Tahukah anda nisbah pengambilan air dengan berat tubuh badan anda ialah 25kg:1liter. Jadi cuba semak pengambilan air anda...cukupkah???


2. Mengambil vitamin secara serentak pada satu-satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

Saturday, 15 December 2012

63 Petua bahagia


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

Wednesday, 28 November 2012

Bagaimana mahu mengenalpasti keberkesanan produk.

"Aku dah tukar set penjagaan wajah jenama A ke jenama B. Tp xder pape perubahan pun. Penjual tu kata akan dpt lihat perubahan dalam mase 7 hari. Ni dah 5 hari dah pakai jenama B....tapi aku nmpak kulit muka aku sama jugak. Penipu betullah minah tu...!!!!"
Prnahkah anda mengeluh sedemikan? Tipulah kalo anda kata anda xprnh...fitrah kita sebagai manusia. Klo sihat nak sihat cpt, kalo nk cantik nak cantik cepat dan kalo nak kaya nak kaya cepat. Sumenya nak cepat...!!!!
Disebalik sifat kita yang serba nak cepat tu, prnah x kita bertanya pada diri kita:
1. Aku ni ikut arahan penggunaan @ x?
2. Aku ni beli produk ini adakah mengikut kesesuaian jenis kulit @ keperluan tubuh badan aku @ x?
3. Adakah cara aku menilai keberkesanan produk ini betul @ x?
Jawab...cik non. Jawab....
Rata- rata kita kalo tukar produk dari jenama A ke jenama B akan belek muka kita setiap hari. Kalo dalam sehari tu sekali tak pe lagi ni dalam sehari berkali-kali. Logik ke tak logik perubahan akan dilihat dalam mase 30 minit sekali??? Logik ke idak???. Tak kan..... So tak payahlah nak belek muka kita sejam sekali.
Tips ringkas dari saya pagi ini dalam kita nak menilai keberkesanan produk ialah...shoot gambar. Iya...xcaya??? Cubalah! Sebelum guna produk B camana kondisi tubuh @ kulit anda. Selepas 7 hari shoot semula. Cb buat perbandingan. Ada tak perbezaannya. Dgn cara ini kita akan menilai keberkesanan sesuatu produk itu dengan lebih tepat. Boleh nampak perbezaan pada tubuh @ kulit kita lebih jelas. Sbb kita dah bagi ruang n peluang untuk itu.
So xpyh lah tengok cermin 7 hari???? Wajar ker x saya nak jawab soalan tu. Kengkawan kita bukan kena sumpahan xleh tengok cermin. Boleh jer tengok cermin tapi bukanlah bertujuan untuk membelek dan mngesan perubahan. Bercerminlah seperti biasa...takut nanti ad pulak yang gi ofis dengan bedak macam tepung gomak kan ;-)!!!
Oklah...selamat mencuba!!!