Showing posts with label Resdung. Show all posts
Showing posts with label Resdung. Show all posts

Sunday, 16 December 2012

Resdung usah dibiarkan...

APAKAH Resdung?

Anda  selalu mengalami bersin, batuk, dan menyebabkan hidung menjadi merah. Anda mengalami masalah ini semasa cuaca sejuk atau pada sebelah pagi. Jika ini yang berlaku, anda mungkin sedang menghadapi masalah resdung atau sinusitis.

Umumnya resdung akan menyebabkan pelbagai gejala yang melibatkan hidung, tekak, peti suara dan juga telinga tengah.


Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, hospital PUSRAWI, Kuala Lumpur, DR Amir Izwan Mohamed Dahan, " salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus". Menurut beliau juga resdung boleh terjadi apabila rerambut silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus gagal berfungsi.

Antara gejala resdung yang biasa ialah seperti berikut: