Tentang Saya

Doa harian:

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."







Dengan kalimah suci Allah di atas saya menulis post pertama saya sebagai simbol bermulanya operasi blog saya sihat3d.blogspot.com pada hari ini 27 November 2012 bersamaan 13 Muharram 1434.

Adalah tinggi harapan saya agar kewujudan blog ini akan dapat memberi impak positif kepada semua. Tujuan blog ini dizahirkan dengan izin Allah swt adalah sebagai medium perkongsian tentang kebaikkan produk-produk kesihatan Shaklee dan mungkin juga perkongsian info-info yang bersifat bebas atau peribadi.

Kenapa sihat3d???,apakah maksud sihat3d??? rasanya banyak lagi nama yang lebih glamerkan...malahan kalo letak 3dhealth mesti lebih profesional kan...(maklumlah perkataan inggeris). Apapun saya yakin dengan petunjuk yang dianugerahi Illahi.Awal mulanya memang nak letak 3dhealth tapi blogspot kata ....not available. Hmm 3 hari jugak saya fikirkan nama blog ni, nak letak nama sendiri macam tak berapa nak sesuai. Kalau customer (bakal!!!! insyaAllah....) merupakan orang melayu mungkin mudah nak ingat kalo non-malay??? Bukan mudah untuk deorang nak ingat rosnawatirasli.blogspot.com kan...syukur saya ilham diberi ketika saya memandu pulang ke rumah pada satu petang. Maha Suci Allah.....kalo Dia nak beri dimana, bila dan bagaimana bukan persoalannya. Maka petang tu juga saya pun cuba guna nama ni jeng..jeng..jeng...approved!!!

Untuk semua sihat3d bermaksud sihat 3 dimensi. Sihat badan, sihat penampilan dan sihat hubungan. Sihat badan bermakna tubuh badan kita cukup fit untuk menghadapi hari-hari yang kita lalui. Sihat penampilan bermaksud kecantikkan yang terpancar dari kondisi tubuh yang sihat. Rupa paras, aset-aset wanita dan sikap dan tindak tanduk kita. Manakala sihat hubungan membawa erti kita sentiasa memberikan yang terbaik baik dalam hubungan kita denga Allah swt, hubungan kita dengan pasangan dan anak-anak dan juga hubungan kita dengan rakan-rakan perniagaan kita. Upline, downline, klien dan juga pesaing.Sebab itu tag line blog saya berbunyi....SIHAT 3 DIMENSI...KUSYUKURI ANUGERAHMU

Baiklah...semoga anda rasa selesa bersama saya. Sehingga bertemu lagi....


30 November 2012


Syukur kehadrat Allah swt dgn izinnya smlm dgn rasminya saya bergelar Independent Distributor Shaklee. Dgn ketibaan kit, ID number dan ESP sy pagi smlm dgn ini saya mmprkenalkan diri: Sy Pn Rosnawati binti Rasli Shaklee ID 874826. Smg hari bersejarah ini akan membawa makna dalam membantu memertabatkan ekonomi diri, keluarga dan umat islam sejagat secara amnya.
Penghargaan sy kpd upline yg come lote Aimi dan suaminya Hanafi yang banyak membantu sy untuk memulakan langkah pertama mlhn sy yakin n percaya untuk langkah2 seterusnya juga dalam usaha untuk 'Bertemu di puncak...'. Smg bantuan mereka tidak akn sia-sia.
Kepada bakal-bakal customer, sy berada di kawasan Seremban/Kuala Pilah. Jadi bagi mereka yg tggl dalam 2 kwsn ni insyaAllah sy cuba menyediakan perkhidmatan COD satu hari nanti. Bagi yg jauh dari sy spt biasa syarikat2 penghantaran akan menjadi medium utama sy agar produk anda akan smpai pd alamat yg anda berikan. Sy akan cuba sehabis baik utk mmbrikan prkhidmatan trbaik untuk anda semua. Anda adalah punca rezeki yg Allah salurkan kpd sy.
Ucpan trm kasih utk semua...'kusyukuri anugerah-Mu'



No comments:

Post a Comment