Salam untuk semua..
Perkongsian ini adalah untuk semua yang masih mengharapkan kehadiran permata hati, tanda bukti cinta dan kasih sayang kita terhadap pasangan masing-masing dan yang paling penting adalah sebgai penyambung keturunan. Namun tidak semua yang dirancang itu akan dimakbulkan Allah swt. Dugaan-Nya hadir dalam pelbagai bentuk dan cara, salah satu daripadanya ialah tentang zuriat keturunan. Ada pasangan yang mudah 'lekat' manakala pasangan lain telah mencuba bertahun masih lagi belum berhasil.
Jika seorang perempuan masih belum hamil di peringkat awal perkahwinan (6 bulan pertama) anda perlu tahu statistik ini.Tahukah anda bahawa peluang untuk seseorang wanita itu hamil dalam mana-mana bulan adalah 15-20% sahaja. Ini bermakna daripada 100 pasangan hanya 15-20 pasangan sahaja yang berjaya hamil.Manakala pada 6 bulan berikutnya peluang anda untuk hamil akan meningkat sehingga 75% dan selebihnya peluang anda boleh mencecah 93% sebenarnya.

