Salam sejahtera untuk semua ...
3 hari tidak menulis post. Bukan lupa atau sengaja membina alasan untuk tidak menulis. Cuma saya perlukan sedikit ruang dan waktu untuk menenagkan dri. Maafkan saya!. Musibah hujung tahun 2012 yang melanda, saya terima dengan penuh redha. Pasti ada hikmah disebaliknya. Saya yakini itu. Syukur Alhamdulillah. Ok, life must go on.
Di hari terakhir 2012 yang pastinya tidak akan kembali lagi ini saya mahu berkongsi tentang keistimewaan Vitamin E kepada kita semua. Hari, bulan dan tahun yang berlalu akan seiring dengan pertambahan usia jika dilihat dari sudut kanan. Pada sudut kiri hakikat kehidupan yang sebenar ianya adalah petanda bagi berkurangnya jangka hayat kita di dunia yang fana ini.
Jadi pagi ini saya ingin melihat dari perspektif pertama iaitu perspektif pertambahan usia. Pertambahan usia akan pastinya mempengaruhi tubuh badan kita. Yang tegang mula mengendur, yang licin akan menjadi kurang serinya, yang dulu mulus kini telah mula di nodai oleh tompokan-tompokan gelap, yang lebat kini telah mula gugur dan pelbagai lagi...
