Salam sejahtera untuk semua ...
3 hari tidak menulis post. Bukan lupa atau sengaja membina alasan untuk tidak menulis. Cuma saya perlukan sedikit ruang dan waktu untuk menenagkan dri. Maafkan saya!. Musibah hujung tahun 2012 yang melanda, saya terima dengan penuh redha. Pasti ada hikmah disebaliknya. Saya yakini itu. Syukur Alhamdulillah. Ok, life must go on.
Di hari terakhir 2012 yang pastinya tidak akan kembali lagi ini saya mahu berkongsi tentang keistimewaan Vitamin E kepada kita semua. Hari, bulan dan tahun yang berlalu akan seiring dengan pertambahan usia jika dilihat dari sudut kanan. Pada sudut kiri hakikat kehidupan yang sebenar ianya adalah petanda bagi berkurangnya jangka hayat kita di dunia yang fana ini.
Jadi pagi ini saya ingin melihat dari perspektif pertama iaitu perspektif pertambahan usia. Pertambahan usia akan pastinya mempengaruhi tubuh badan kita. Yang tegang mula mengendur, yang licin akan menjadi kurang serinya, yang dulu mulus kini telah mula di nodai oleh tompokan-tompokan gelap, yang lebat kini telah mula gugur dan pelbagai lagi...
Sebagai manusia biasa kita tidak mampu menghentikan pergerakkan masa tetapi kita boleh berusaha untuk melambatkan proses-proses tersebut. Jom kita semak beberapa fungsi Vitamin E ni...
1. Antioksidan.
Vitamin E adalah penting dalam melindungi sel kulit dari sinaran ultra violet, pencemaran dan unsur-unsur lain. Kebanyakkan krim kecantikan mengandungi unsur asetat yang dikatakan berfungsi sebagai unsur antioksidan. Tetapi tahukah anda vitamin e semulajadi adalah jauh lebih baik dari asetat dalam fungsinya sebagai unsur antioksidan ini.
2. Anti penuaan.
Masa kini kebanyakkan krim, losyen dan lain-lain produk penjagaan kulit ditambah dengan vitamin e. Ini adalah kerana vitamin e ini boleh membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Kurang kedutan dan garis halus anda akan kelihatan lebih muda.
3. Membantu menghilangkan parut.
Vitamin e juga membantu untuk anda memudarkan parut jerawat dan jeragat dan juga chicken pox tau.
4. Membantu dalam pencegahan kanser kulit.
Vitamin e menjaga sel dan DNA kulit. Kulit yang berhadpan dengan radikal bebas termasuk sinar ultra violet sangat terdedah kepada risiko kanser kulit. Bila mendapat bekalan antioksidan yang baik secar tidak lansung anda menyelamatkan kulit anda dari ancaman bahaya kanser kulit.
5. Membantu mengurangkan kemunculan kesan regangan semasa preggy dan mengurangkan parut regangan bagi yang telah melahirkan.
6. Membantu mencegah tompok penuaan di wajah.
7. Mebantu mengimbangkan minyak di kulit wajah.
Sumber Vitamin E:
- Minyak sayuran.
- Sayuran berdaun hijau gelap.
- kekacang
- Bijirin.
- Beras perang
- sumber-sumber lain seperti makanan tambahan seperti Vita-E Complex Shaklee.
Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee:
1. Dibotolnya tertulis d-alpha tocopherol - tanda "d" bermakna ianya semulajadi. Apabila ianya semulajadi kadar penyerapannya adalah lebih baik daripada vitamin e buatan. Alah membeli menang memakai kata orang-orang tua.
2. Mengandungi vitamin e dari minyak sayuran dan juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Setiap kapsul gel lembut vitamin ini mengandungi 400IU vitamin e semulajadi dan 10mcg selenium.
3. Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
4. Terkini vitamin e shaklee telah ditambah dengan grape seed extract.
Untuk berkongsi pelbagai cara penggunaan vitamin e shaklee untuk anda, tunggukan post saya yang akan datang. Pasti anda teruja kerana anda pasti tidak menjagkakan yang sebiji vitamin e yang comel itu boleh dipelbagaikan penggunaannya. Bukan hanya untuk dimakan.
Sempena tahun baru 2013, saya akan menawarkan pakej bajet superb bagi pelanggan-pelanggan saya. Untuk mengetahui tawaran terbaik ini, apa yang anda perlu buat hanya hubungi saya...
Add FB/PM FB : Rosnawati Rasli
Like di Page : SD3
SMS/Cal/ Whatspp/Viber: 0192706383
Konsultasi percuma akan saya berikan, khas kepada anda sebagai pelanggan saya.
Penafian : Segala penulisan/testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit.Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan perlu mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.


No comments:
Post a Comment