Thursday, 27 December 2012

Azam tahun 2013

5 petua yang efektif bagi yang merancang kehamilan.

Salam hormat pada rakan-rakan S3D...

Semalam semasa berborak dengan rakan seperjuangan tiba-tiba tersebut tentang azam tahun baru beliau adalah untuk ber'baby' semula setelah anak sulungnya berusia 5 tahun sekarang. Menurut beliau, beliau telah berjumpa dengan pakar dan pakar menyatakan bahawa ovum beliau agak kurang subur.Sentuh tentang kesuburan ni, saya telah kongsikan dengan pembaca dalam post saya yang lepas

Dunia kini adalah dunia maklumat tanpa sempadan. Jadi kita boleh akses info tentang pelbagai petua kehamilan yang dikongsikan hanya melalui hujung jari sahaja. Jadi kini alasan 'tidak tahu' atau 'tidak ada orang beritahu' memang sudah relevan lagi. Pokok persoalannya sekarang adakah anda 'mahu' atau 'tidak mahu'.


Memang terlalu banyak petua yang diberikan tetapi lima petua cepat hamil dibawah adalh teruji dan terbukti adalah antara yang paling efektif. Jom kita kongsi....

1. Rancang waktu hubungan anda. 
    • Kenal pasti waktu kesuburan anda dengan salah satu cara berikut:-
      • Sistem kalendar. Rajinkan diri anda untuk menanda tarikh-tarikh penting mengenai kitaran haid anda. Tandakan hari permulaan haid, kenalpasti bilangan hari anda kotor. Dari catatan ini anda akan dapat tahu hari subur anda (rujuk link pregnology ini untuk memudahkan anda membuat kalendar)
      • Penentuan suhu badan anda. Ambil suhu badan anda setiap pagi sejurus selepas bangun tidur setiap hari. Pada hari subur suhu badan akan naik lebih kurang 2 darjah celcius daripada biasa dan keadaan ini akan kekal selama 2-3 hari selpas itu suhu badan akan meenjadi normal semula.
      • Kenalpasti cecair lendir servik ketika anda subur- buat pemeriksaan kendiri terhadap lendir servik anda. Pada hari subur lendir servik anda bersifat dan berwarna seperti putih telur. Apabila jejari dijarakkan, lendir ini dilihat seperti getah.
      • Gunakan strip 'ovulation test' - yang ini paling mudah bagi mereka yang tidak berapa rajin untuk membuat pengamatan bagi tiga cara di atas. Pergi farmasi dan minta ngan deorang 'ovulation test'. Cuma beri deorang duit, bawa balik strip tersebut dan uji sendiri. 
    • Apabila hari subur telah dikenalpasti maka berhubunganlah. 2-3 hari sebelum dan selepas waktu subur adalah hari yang terbaik.Ingatnya jangka hayat sperma tidak lama. Only the 'HERO" can get tru
2. Pilih posisi yang terbaik semasa berhubungan.

  • Posisi terbaik untuk anda ialah secara missionary. Rujuk missionary tips ini untuk lebih jelas.
  • Elakkan posisi women on top kerana ia boleh menyebabkan sperma mengalir keluar semula.
3. Amalkan gaya hidup sihat.
  • Berhentilah merokok dan/atau minta pasangan anda berhenti merokok. Menurut ESHRE perokok akan menurunkan kadar kebarangkalian untukcepat hamil sebanyak 28%.
  • berhenti minum alkohol...ESHRE juga menyata kebarangkalian untuk cepat hamil bagi seorang peminum akan berkurangan sebanyak 44%.
  • Amalkan diet seimbang dan hindari stress.
4. Kawal berat badan anda.
  • Berat badan yang terlalu terlalu tinggi atau terlalu rendah kedua-duanya tidak baik untuk anda cepat hamil. 
  • Buat kiraan BMI anda dan sentiasa pastikan berat badan anda adlah berat bdan ideal selalu.
5. Ambil suplement yang tepat.
  • Sila ke post saya yang lepas telah saya terangkan tentang beberapa suplement yang anda boleh amlkan bagi meningkatkan kesuburan bagi lelaki mahupun perempuan.
    • Ada beberapa jenis yang saya cadangkan tetapi itu hanya CADANGAN saya. Pilihan di tangan anda. 
      • Set optimum - jika anda benar-benar serius untuk hamil dan anda jenis yang rajin untuk makan suplement.
      • Set minimum - untuk kurang rajin nak makan pelbagai suplement.
    • Jika masih juga bermasalah dengan kedua-dua set optimum dan minimum di atas, hubungilah saya. InsyaAllah saya cuba membantu anda dengan memberikan pakej yang terbaik.
    • Mesti rajin dan istiqamah dalam berusaha. Rezeki itu hak mutlak Allah tetapi berusaha itu adalah sepenuhnya atas daya usaha kita dengan keizinan-Nya.
  • Hentikan pengambilan suplement yang mempunyai tujuan lain seperti produk pengurusan badan atau sebagainya. Ia mungkin akan menggangu fungi badan anda untuk bersedia bagi kehamilan.
Hanya sekadar ini perkongsian saya kali ini. Saya mendoakan kami dan anda yang merancang untuk hamil lagi akan sama-sama berjaya. Melalui S3D saya memberikan diskaun hebat jika anda memilih untuk membeli daripada saya. 

Apa yang anda perlu buat hanya hubungi saya...

 Add FB/PM FB : Rosnawati Rasli
Like di Page  : SD3
SMS/Cal/ Whatspp/Viber: 0192706383


Konsultasi percuma akan saya berikan, khas kepada anda sebagai pelanggan saya.


Penafian : Segala penulisan/testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit.Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan perlu mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

No comments:

Post a Comment