Tentu anda pernah mengambil pemakanan tambahan atau vitamin bukan? Kekadang kita beli di farmasi atas dasar keperluan kita. Anda bawa balik pelbagai vitamin untuk memenuhi keperluan anda dan mula mengambilnya seara konsisten. Namun pernahkah anda merasakan bahawa pengambilan vitamin anda itu seolah-olah tidak membawa kesan seperti yang anda jangkakan? Jom kita kongsi beberapa perkara yang sebenarnya mempengaruhi keberkesanan vitamin yang anda ambil.
1. Kurang minum air kosong/air masak/air mineral/air RO.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Tahukah anda nisbah pengambilan air dengan berat tubuh badan anda ialah 25kg:1liter. Jadi cuba semak pengambilan air anda...cukupkah???
2. Mengambil vitamin secara serentak pada satu-satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
3.Mengambil vitamin bersama ubat secara sekaligus.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
4. Pengambilan kafein yang tinggi.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
5. Pantang larang makan vitamin.
- Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. (Vitalea TIDAK BOLEH diambil bersama Ostematrik)
- Tahukah anda alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. (Vitamin E TIDAK BOLEH diambil bersama Alfalfa)
- Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
TIPS RINGKAS:
- Untuk ibu menyusu makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata.
- Ambil vitamin selepas makan ini adalah kerana penyerapan vitamin adalh lebih baik jika diambil bersama makanan.
- Pengambilan vitamin jenis 'sustained released' lebih baik dari jenis yang biasa kerana nutriennya akan dilepaskan secara perlahan-lahan yakni berperingkat-peringkat.
- Pengambilan zink selepas makan akan mengurangkan risiko loya.
- Pengambilan ostematrik adalah amat digalakkan bagi mereka yang tidak minum susu. Ianya tidak berbau atau rasa seperti susu tetapi membekalkan apa yang susu bekalkan.
AMARAN: VITAMIN DAN KEROSAKKAN BUAH PINGGANG
Vitamin akan hanya membebankan buah pinggang jika:-
- Pengambilan air yang tidak mencukupi.
- Pengambilan vitamin melebihi dos yang disarankan.
- Pengambilan pelbagai vitamin dalam satu masa.
Add FB/PM FB : Rosnawati Rasli
Like di Page : SD3
SMS/Cal/ Whatspp/Viber: 0192706383
Konsultasi percuma akan saya berikan, khas kepada anda sebagai pelanggan saya.
Penafian : Segala penulisan/testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit.Pembaca yang mempunyai masalah kesihatan perlu mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.
sumber : Norita Idris.



No comments:
Post a Comment